Hiburan Melampau

Hiburan Melampau





Pendahuluan

Era globalisasi kini mampu melahirkan remaja yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan masa hadapan Negara yang maju dan harmoni.Namun di zaman yang semakin maju dan canggih ini, Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara maju, seperti di Malaysia, perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya.Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan datang.

Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.

Justeru kita lihat, keruntuhan akhlak dikalangan remaja sebagai tunggak masa hadapan Negara kini semakin meningkat.Gelaja sosial semakin berleluasa, keselamatan benda awam terjejas, kesejahteraan ummat juga tidak terkawal.Secara terperincinya, pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja, salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”.Hal ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita hari ini.



Punca

 Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme initelah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam diMalaysia terutamanya dikalangan muda mudi.


 Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.

 Salah satu faktor penting yangmenyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa samaada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangatbanyak kepada aspek hiburan,.Selain itu, hedonisme terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh terjadi dalam keluarga yang berantakan, tetapi juga dalam keluarga yang berjaya.


  Anak-anak muda merasakan tiada sokongan dan pemahaman dari keluarga terhadap jiwa dan trend dunia mereka. Jiwa ‘rebel’ mereka memilih cara hidup hedonisme sebagai sub budaya untuk mengisi kekosongan jiwa melalui pengaruh dan tekanan rakan sebaya (peer pressure) tanpa mereka sendiri sedari. Akhirnya ada yang sanggup menipu ibu bapa dengan meminta izin untuk tidur di rumah kawan, sebaliknya pergi berhibur di tempat-tempat lain



Kesan


  Dalam kajian kami mencari kesan tiada ksan baik yang kami temui 
antara kesan yang kurang baik ialah : 



1. Sikap pentingkan kemewahan.

2.  Peningkatan kes jenayah.

 3. Keruntuhan akhlak dalam golongan remaja. 

4. Terapan nilai nilai negatif.

5. Menggagalkan usaha remaja menjadi golongan yang manusia yang sempurna  dari segi intelek, rohani,        jasmani dan emosi


6. Meningkatkan gejala sosial dalam kalangan remaja dan belia


7. Menyebabkan generasi muda lupa akan matlamat hidup yang sebenar.

8.Menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu pengetahuan.

9. Golongan remaja dan belia semakin jauh dari 
pada nilai-nilaikeagamaan.

10. Maruah keluarga tergadai


Penyelesaian

1. Remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan agama. Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul bersama yang berpengetahuan dan orang yang arif tentang agama.

2. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan perhatian, pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka.Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

3. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut.Selain itu menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan dalam diri mereka.

4. Mereka juga perlu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

5, Berkawan dengan kawan yang dapat membantu dalam pelajaran, mengajak kepada kebaikan dan positif.



Kesimpulan

 Remaja kita tidak mementingkan perihal tentang menghormati ibubapa, guru dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain lagi. Mereka hanya mementingkan keseronokan daripada semua itu, mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup dan memilih hiburan melampau.

Biasanya, remaja adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja berumur antara 11 hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam linkungan umur inilah ramai remaja kita yang menghadapi pelbagai masalah. Remaja kini bukanlah golongan yang pandai berdikari seperti remaja zaman dahulu, malahan mereka seperti bayi yang perlu dijaga seperti menatang minyak yang penuh.

Kini negara kita mengalami pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat negara kita. Mereka sering berpendapat bahawa masalah atau gejala sosial dalam golongan remaja adalah normal bagi umur mereka yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang berlaku di seluruh negara adalah dalam kalangan anak muda remaja.Dalam ini ibu bapa perlu memainkan peranan yang tinggi dalam memdidik anak anak mereka supaya menjadi jenerasi yang berguna pada masa hadapan.



0 comments:

Post a Comment

 

© 2016. All rights resevered. Designed by Preesian |

Back To Top