Showing posts with label ISU-ISU KONTEMPORARI. Show all posts
Showing posts with label ISU-ISU KONTEMPORARI. Show all posts

Kesantunan Bahasa

Kesantunan Bahasa





            Masyarakat  kita  sedang  menghadapi krisis pembudayaan bahasa Melayu dalam komunikasi, apatah  lagi  komunikasi yang bersifat rasmi. Kian ketara ialah pengabaian  sejumlah  anggota
masyarakat  pelbagai  lapisan terhadap  bahasa  sebagai  unsur teras kebudayaan dan tamadun.” Demikian ditegaskan oleh  tokoh bahasa, Profesor Dr. Haji Awang Sariyan  ketika  membentangkan  kertas utama yang bertajuk Melestarikan  Bahasa  Melayu dalam  Komunikasi  dalam  Seminar  Kesantunan  Berbahasa Peringkat  Kebangsaan  pada  28 hingga 29 Mac 2007 di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu.  


           Tegas  beliau,  “krisis  pembudayaan  bahasa  Melayu  dapat diperhatikan dalam dua bentuk, iaitu, krisis pembudayaan dalam hal taraf dan kedudukan bahasa Melayu  sebagai  bahasa  rasmi dan bahasa ilmu, dan krisis pembudayaan  tentang mutu penggunaan  bahasa  Melayu  dalam  pelbagai ranah seperti pentadbiran, media massa, pendidikan dan di tempat  awam.  Pelestarian  bahasa  Melayu  dari sudut  taraf  dan fungsinya  serta  penggunaannya penting  untuk  menyuburkan amalan komunikasi  yang  baik dan  berkesan,  sekali  gus  dapat  mengangkat  martabat  bahasa Melayu  sebagai  bahasa  tonggak tamadun bangsa.”  


           Seminar  anjuran  Institut Perguruan Sultan Mizan, Dewan Bahasa  dan  Pustaka  Wilayah Timur  dan  Kerajaan  Negeri  Terengganu  ini  bertujuan  untuk menghayati  dan  menerapkan bentuk serta strategi komunikasi yang bersopan dan beretika bagi mengatasi  kepincangan  aspek penghayatan nilai serta adab kesopanan  dan  kesantunan  berbahasa  yang  semakin  diabaikan dalam  kalangan  masyarakat. Di samping itu, seminar ini diharapkan dapat memberikan input dan maklumat  baharu  kepada  para ilmuwan  dan  pentadbir  sekolah agar  dapat  menerapkan  aspek kesantunan  berbahasa  dalam Pengajaran  dan  Pembelajaran (P&P) sekali gus memartabatkan bahasa  Melayu  sebagai  bahasa rasmi,  bahasa  komunikasi  dan bahasa perpaduan.


          Seminar  yang  dihadiri  oleh 200  orang  peserta  yang  terdiri daripada  pensyarah,  pegawai kerajaan,  guru,  bakal  pendidik, penggiat bahasa dan masyarakat umum ini telah dirasmikan oleh Pengarah  Institut  Perguruan Sultan  Mizan,  Tuan  Haji  Nik Arif  Raja  Yusof.  Dalam  ucapan  perasmiannya,  beliau  menegaskan  bahawa  “penerapan kesantunan  dan  budi  bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang berkualiti  dan berkeperibadian tinggi. Oleh itu, beliau berharap agar  seminar  ini  dapat  menyemarakkan  rasa  cinta  terhadap bahasa  kebangsaan,  mengangkat martabat bahasa Melayu dan menyuntik semangat para peserta agar terus menjadikan budaya santun  berbahasa  sebagai  amalan.”


          Seminar  ini  berjaya  menarik tumpuan  peserta  melalui  pembentangan  kertas  kerja  oleh tokoh-tokoh  tersohor  seperti Bapak  H.  Tenas  Affendi  dengan tajuk  kertas  kerja  Kesantunan Berbahasa dalam Konteks Sosial. Dalam  kertas  kerjanya  beliau mengajak  peserta  menghayati nilai-nilai  kesantunan  yang  terkandung dalam pantun dan  ungkapan  adat  Melayu.  Di  samping Bapak  H.  Tenas  Affendi,  turut membentangkan  kertas  kerja ialah Y. Bhg. Datuk Haji A. Aziz Deraman,  Prof. Madya Dr. Ahmad Mahmood Musanif (UPM),  Tuan Haji  Mohd  Samsudin  Mahmod dan  Dr.  Robiah  Kulop  Hamzah (Institut  Perguruan  Bahasa Melayu Malaysia).



          Rumusan  yang  dicapai  daripada pembentangan enam kertas kerja  dalam  seminar  ini  ialah kesantunan  berbahasa  dalam komunikasi  perlu  dipupuk  dari semasa  ke  semasa  agar  dapat melahirkan  masyarakat  atau modal insan yang berkaliber dan berkualiti, selari dengan cabaran globalisasi  demi  kepentingan agama, bangsa dan negara

Unsur-unsur Khurafat Dalam Filem

Unsur-unsur Khurafat Dalam Filem






Pada masa kini saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Pelbagai ciptaan atau rekaan alat-alat komunikasi yang serba canggih turut menambahkan lagi sumber hiburan yang sedia ada. Namun bentuk-bentuk hiburan sebegini telah mengundang kealpaan dalam diri manusia yang terlalu mengejar hal duniawi. Tidak salah seandainya mahu berhibur namun, seseorang itu tidak boleh terlalu leka. Berbincang mengenai hiburan, isu yang ingin diketengahkan di sini adalah mengenai fenomena kebangkitan filem yang kebanyakannya merosakkan akidah umat Islam. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsur komedi, romantik, aksi mahu pun seram. Hal ini merupakan suatu fenomena yang positif bagi penggiat seni perfileman terutamanya yang menghasilkan filem berbentuk seram. Justeru filem berunsur seram kini mendapat perhatian ramai penonton. Keadaan ini dibuktikan apabila setiap kali tayangan filem berunsur seram ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia, kutipan jualan tiket mendapat sambutan hangat berbanding filem bercorak kerohanian. Situasi ini telah menyebabkan semakin ramai pengarah filem tempatan mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem-filem berunsur hantu dan seram.


Seiring dengan kebangkitan filem-filem berunsur hantu dan seram ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Ada di antaranya yang memuji dan menyokong lambakan filem ini dan tidak ketinggalan juga yang mengkritiknya. Kebanyakan yang mengkritiknya adalah disebabkan terdapat unsur-unsur yang negatif yang mampu diserap kepada para penonton. Lebih-lebih lagi golongan di peringkat remaja dan kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berada dalam proses belajar. Antara kesan negatif filem berunsur hantu dan seram ini adalah boleh merosakkan akidah umat Islam, menimbulkan syirik dan unsur kurafat dalam diri penonton, melemahkan iman seseorang dan memesongkan seseorang dari ajaran Islam.


Perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem berunsur hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama Islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak sendiri. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak terutamanya. Ditakuti juga mereka ini akan terpengaruh dengan aksi-aksi yang dilakonkan mengenai kononnya wujud pelbagai jenis hantu yang direka semata-mata untuk menimbulkan rasa seram kepada penonton. Perasaan takut mereka itu dibimbangi adalah lebih kepada hantu-hantu rekaan tersebut melebihi kepada Allah s.w.t. Lakonan yang sangat berkesan daripada para pelakon pula telah menambahkan kakuatan terhadap kepercayaan tahyul, khurafat dan syirik.  Kekuatan kepercayaan terhadap hantu ini juga akan melemahkan iman dan memesongkan kepercayaan terhadap Allah s.w.t.


Dalam hal ini, ketaksuban penonton terhadap hantu akan menyebabkan mereka terbawa-bawa ke dalam kehidupan seharian. Misalnya, dibayangi hantu ketika berseorangan atau ditempat gelap, kanak-kanak pula takut untuk ke tandas kerana rasa ada hantu yang mengekori. Perkara ini tidak seharusnya dibiarkan berlarutan dan perlu ditangani segera.Kajian dilakukan berkaitan kesan dan pengaruh filem hantu terhadap penonton menyenaraikan kesan antaranya tidak nyenyak tidur akibat diburu bayangan filem ngeri, perasaan takut hingga hilang daya kawal terhadap diri dan perasaan fobia melihat benda dikait dengan filem ditonton. Malah fobia terhadap kegelapan.

Hiburan Melampau

Hiburan Melampau





Pendahuluan

Era globalisasi kini mampu melahirkan remaja yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan masa hadapan Negara yang maju dan harmoni.Namun di zaman yang semakin maju dan canggih ini, Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara maju, seperti di Malaysia, perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya.Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan datang.

Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.

Justeru kita lihat, keruntuhan akhlak dikalangan remaja sebagai tunggak masa hadapan Negara kini semakin meningkat.Gelaja sosial semakin berleluasa, keselamatan benda awam terjejas, kesejahteraan ummat juga tidak terkawal.Secara terperincinya, pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja, salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”.Hal ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita hari ini.



Punca

 Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme initelah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam diMalaysia terutamanya dikalangan muda mudi.


 Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.

 Salah satu faktor penting yangmenyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa samaada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangatbanyak kepada aspek hiburan,.Selain itu, hedonisme terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh terjadi dalam keluarga yang berantakan, tetapi juga dalam keluarga yang berjaya.


  Anak-anak muda merasakan tiada sokongan dan pemahaman dari keluarga terhadap jiwa dan trend dunia mereka. Jiwa ‘rebel’ mereka memilih cara hidup hedonisme sebagai sub budaya untuk mengisi kekosongan jiwa melalui pengaruh dan tekanan rakan sebaya (peer pressure) tanpa mereka sendiri sedari. Akhirnya ada yang sanggup menipu ibu bapa dengan meminta izin untuk tidur di rumah kawan, sebaliknya pergi berhibur di tempat-tempat lain



Kesan


  Dalam kajian kami mencari kesan tiada ksan baik yang kami temui 
antara kesan yang kurang baik ialah : 



1. Sikap pentingkan kemewahan.

2.  Peningkatan kes jenayah.

 3. Keruntuhan akhlak dalam golongan remaja. 

4. Terapan nilai nilai negatif.

5. Menggagalkan usaha remaja menjadi golongan yang manusia yang sempurna  dari segi intelek, rohani,        jasmani dan emosi


6. Meningkatkan gejala sosial dalam kalangan remaja dan belia


7. Menyebabkan generasi muda lupa akan matlamat hidup yang sebenar.

8.Menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu pengetahuan.

9. Golongan remaja dan belia semakin jauh dari 
pada nilai-nilaikeagamaan.

10. Maruah keluarga tergadai


Penyelesaian

1. Remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan agama. Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul bersama yang berpengetahuan dan orang yang arif tentang agama.

2. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan perhatian, pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka.Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

3. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut.Selain itu menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan dalam diri mereka.

4. Mereka juga perlu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

5, Berkawan dengan kawan yang dapat membantu dalam pelajaran, mengajak kepada kebaikan dan positif.



Kesimpulan

 Remaja kita tidak mementingkan perihal tentang menghormati ibubapa, guru dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain lagi. Mereka hanya mementingkan keseronokan daripada semua itu, mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup dan memilih hiburan melampau.

Biasanya, remaja adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja berumur antara 11 hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam linkungan umur inilah ramai remaja kita yang menghadapi pelbagai masalah. Remaja kini bukanlah golongan yang pandai berdikari seperti remaja zaman dahulu, malahan mereka seperti bayi yang perlu dijaga seperti menatang minyak yang penuh.

Kini negara kita mengalami pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat negara kita. Mereka sering berpendapat bahawa masalah atau gejala sosial dalam golongan remaja adalah normal bagi umur mereka yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang berlaku di seluruh negara adalah dalam kalangan anak muda remaja.Dalam ini ibu bapa perlu memainkan peranan yang tinggi dalam memdidik anak anak mereka supaya menjadi jenerasi yang berguna pada masa hadapan.



Penyebaran Fitnah





PENDAHULUAN
            Umumnya, fitnah bukanlah satu fenomena yang baru wujud dalam masyarakat kita, malah fitnah telah menjadi permainan dan satu perkara yang seolah-olah wajib dilakukan oleh setiap orang. Pada zaman Rasulullah s.a.w, budaya fitnah ini telah menjadi satu perkara yang digemari oleh masyarakat munafiqun ketika itu. Jadi, tidak hairanlah sekiranya budaya ini juga menjadi kegemaran masyarakat kita pada hari ini. Malah, ada yang menjadikan golongan yang menabur fitnah ini sebagai ketua. Setiap kata-kata mereka mudah didengari dan dipercayai.
            Oleh itu, masyarakat perlu sedar bahawa penggunaan teknologi dengan cara yang tidak betul akan mengundang pelbagai masalah. Ianya bukan hanya melibatkan masalah yang kecil-kecil sahaja malah, melibatkan hal-hal yang besar iaitu melibatkan soal negeri, negara, agama dan bangsa. Kita hanya melihat fitnah melalui media baharu ini sebagai satu masalah yang kecil namun, tahukah kita bahawa kesannya amatlah besar sekiranya ia tidak dikawal dan dibendung dengan betu oleh pihak yang berwajib.
Isi
            Jenayah fitnah merupakan satu aktiviti yang tidak sehat. Ianya boleh berlaku tanpa sempadan serta tidak mengira waktu dan tempat. Jenayah ini dilakukan oleh individu yang tidak mempunyai kesedaran nilai-nilai murni dan tidak bertanggungjawab. Mereka boleh menyiarkan apa-apa saja maklumat tanpa mengambil kira kesahihan maklumat tersebut. Hal ini menjadi bertambah runsing apabila setiap maklumat yang disiarkan akan mendapat sambutan daripada pembaca-pembaca. Lebih menyedikan ramai daripada kalangan pembaca akan berkongsi maklumat tersebut dengan pihak lain tanpa menganalisis kesahihan maklumat tersebut.
              Budaya menyebarkan fitnah melalui alam siber seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya telah menjadi satu kebiasaan dan semakin popular dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Malah ianya turut menjadi satu kewajipan bagi sesetengah individu yang suka menyebarkan berita palsu dan panas.Tanpa disedari, budaya ini telah memberi kesan yang negatif dalam kalangan masyarakat dan mendatangkan keburukan kepada pelbagai pihak. Ramai pembaca yang kebanyakkan daripada mereka mengamalkan konsep setiap apa yang disiarkan dianggap betul dan tepat. Hal ini amatlah bahaya kerana mereka mempercayainya seratus peratus tanpa menyelidiknya terlebih dahulu,
            Penyebaran fitnah dapat dilakukan dengan mudah dalam era komunikasi moden sekarang. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk tujuan kebaikan dan dakwah telah disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (sms), facebook, penulisan dalam blog, twitter dan email memudahkan penyebaran maklumat dapat dilakukan tanpa sempadan, tanpa perlu bersemuka, mudah dan kosnya sangat murah. Dengan kemudahan yang ada dan murah sebagai contoh khidmat pesanan ringkas (sms), whatsapp tidak memerlukan kos yang tinggi. Hanya memerlukan kos yang sangat rendah untuk menyebarkan maklumat. 
            Penyebaran berita yang tidak bertanggungjawab dan melampau juga boleh membawa kepada kehancuran dan perpecahan dalam masyarakat. Oleh itu, Islam melarang keras tindakan tidak bermoral dan melanggar batas agama yang dilakukan oleh penabur-penabur fitnah sehinggakan sanggup mengaibkan saudara seagama. Jika pada zaman Nabi s.a.w tugas menabur fitnah ini dimainkan oleh penyair-penyair yang jahat, maka pada hari ini tugas hina ini diteruskan oleh manusia-manusia yang tidak berakhlak demi mengejar harta dan takhta serta dendam kesumat yang membara.
Sabda Rasulullah s.a.w :
الْكَبَائِرُ: الِإشْرَاكُ بِاللهِ ، وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ ، و قَتْلُ النَّفْسِ ،  وَالْيَمِينُ الْغَمُوس .
Maksudnya :“Dosa-dosa besar itu adalah, syirik kepada Allah, derhaka terhadap ibu bapa, membunuh dan bersumpah dengan sumpah yang dusta.”
Daripada hadis yang dinyatakan di atas, Baginda ada menyebut “bersumpah dengan sumpah yang dusta”, sumpah yang dusta seperti yang dinyatakan dalam hadis tersebut ialah fitnah. Tidak ada fitnah yang benar, setiap perkara dan maklumat yang disampaikan, dan kesahihan maklumat tersebut diragui, ia adalah fitnah. Menyedari bahayanya fitnah, umat Islam digalakkan supaya meneliti dan mencari kebenaran tentang maklumat yang disebarkan. Sungguh pun maklumat tersebut disampaikan oleh individu yang mempunyai pengetahuan agama, umat Islam digalakkan untuk meneliti dan menganalisis maklumat tersebut. Firman Allah swt dalam surah al-Hujurat ayat 6 :
“Wahai orang-orang Yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.”
Contoh
            Antara contoh kes fitnah yang disebarkan melalui internet ialah kes yang melibatkan seorang pensyarah kolej iaitu Ahmad Shahril yang didakwa atas tiga tuduhan menfitnah penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Dato’ Siti Nurhaliza binti Taruddin menerusi penghantaran email. Antara kes lain ialah seorang usahawan wanita memfailkan saman fitnah RM1 juta terhadap syarikat pesaingnya kerana didakwa memfitnahnya menerusi laman sosial facebook dengan tuduhan meniru tudung keluarannya. 
            Apabila sesuatu maklumat atau berita yang berbaur fitnah, pasti akan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Apatah lagi apabila berita tersebut dikaitkan dengan individu yang berpengaruh dan kenamaan. Berita tersebut pasti akan menjadi perbualan hangat dalam kalangan pembaca-pembaca. Sehubungan itu, sebagai seorang muslim wajib bagi kita untuk menyelidiki maklumat yang disebarkan sebelum mempercayainya

Kesimpulan
            Kehidupan kita pada hari ini dihiasi dengan pelbagai nikmat dan hiasan hinggakan tanpa kita sedari nikmat dan hiasan itu boleh memakan diri sekiranya ia tidak dikawal dengan baik. Kemajuan teknologi komunikasi telah membuka peluang yang amat besar kepada individu tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan berita palsu dan memalukan.Golongan seperti ini sentiasa menanti peluang dan ruang untuk mencapai keinginan mereka. Apabila sesuatu berita itu dapat disampaikan, mereka akan merasa puas.

            Kemajuan teknologi komunikasi yang begitu pesat dengan kemunculan laman-laman sosial seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya akan mendatangkan kemusnahan pada manusia dan alam sekiranya ia tidak digunakan dengan betul. Sepatunya, sebagai seorang muslim kita harus menggunakan kemajuan teknologi komunikasi ini sebagai medan untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu.

Online

 

© 2016. All rights resevered. Designed by Preesian |

Back To Top