Malaysia berasal dari
kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di kawasan yang, dari abad ke-18, menjadi
tertakluk kepada Empayar British. Wilayah-wilayah British yang pertama telah
dikenali sebagai Negeri-negeri Selat, yang penubuhan diikuti oleh
kerajaan-kerajaan Melayu menjadi negeri naungan British. Wilayah-wilayah di
Semenanjung Malaysia telah mula bersatu sebagai Malayan Union pada tahun 1946.
Malaya telah disusun semula sebagai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948,
dan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Malaya bersatu dengan Borneo Utara,
Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963. Kurang daripada dua tahun
kemudian pada tahun 1965, Singapura dikeluarkan dari Persekutuan.Oleh itu,
Malaysia kini terdapat pelbagai agama dan budaya yang tersendiri.Seperti Agama
Islam , Agama Buddha , Agama Hindu , Agama Kristian
Agama Islam
Agama Islam dianuti oleh orang-orang Melayu
dan Majoriti Bumiputera.Selain itu, agama Islam mengamalkan kepercayaan kepada Allah
dan Nabi Muhammad sebagai Rasul . Agama turut merayakan Hari Raya Puasa, Hari
Raya Kurban dan juga Hari Keputraan Nabi Muhammad.Tambahan pula , agama Islam
berpuasa di bulan Ramadan dan orang Islam tidak memakan khinzir dan anjing.
Agama Buddha
Agama Buddha dianuti oleh majoriti kaum
Cina.Selain itu, agama ini mengamalkan ajaran Sidharta Gautama Buddha yang
bermula di India. Agama ini merayakan Hari Tahun Baharu Cina, Hari Wesak dan
Pesta Kuih Bulan. Masyarakat buddha mempercayai kehidupan semula selepas
kematian. Selain itu mempercayai nasib dan tuah yang disebut sebagai 'ong' dan
juga 'feng shui'.
Agama Hindu
Agama Hindu dianuti oleh majoriti kaum India.
Agama ini mengamalkan kepercayaan kepada dewa-dewi. Masyarakat hindu
merayakan Hari Deepavali, Hari Thaipusam dan Pesta Ponggal. Selain itu ,
masyarakat hindu mempercayai balasan baik dan buruk selepas kematian. Selepas
itu , mereka turut mempercayai Sungai Ganges di India sebagai tempat paling
suci untuk membersihkan dosa.
Agama Kristian
Kebanyakkan masyarakat agama Kristian dianuti
oleh orang-orang Cina, India dan Bumiputera Bukan Islam yang lain. Mereka
mengamalkan kepercayaan kepada Nabi Isa seabgai Anak Tuhan yang digelar Jesus
Kristus. Selain itu , masyarakat ini merayakan Hari Krismas, Hari Esther dan
Tahun Baru. Mereka turut membaptiskan anak yang baru lahir. Masyarakat kristian
beramal atau bersembahyang di gereja.
Dengan ini , Malaysia juga banyak perayaan
yang ada di bumi Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali,
Krismas, Gawai dan pelbagai lagi.Semua sambutan menandakan semeraknya nilai
kemaufakatan,perpaduan dan keharmonian.
Perang di alam maya sewaktu perayaan
sewajarnya dijadikan pengajaran kepada yang sudah lama berkecimpung dalam
politik. Emosi warga adalah ke atas mood perayaan dan ia boleh mengganggu
kepercayaan ke atas sesetengah dari mereka yang cuba mengambil kesempatan untuk
meneruskan tradisi kebencian sesama ummah dan dalam kalangan masyarakat secara
umum.
Perayaan adalah salah satu penampilan
simbolik bagaimana kita boleh mengetepikan perbezaan sesama manusia untuk
dijadikan landasan perpaduan. Kewajaran menjadikan perayaan sebagai alat
integrasi boleh diperkukuhkan secara berterusan untuk memobilisasi sokongan
agar perpaduan sebagai rakyat Malaysia yang bangga dengan amalan ini tidak
menjadi propaganda politik oleh pemimpin yang tidak tahu hormati nilai-nilai
perkongsian bersama.
0 comments:
Post a Comment