PENDAHULUAN
Umumnya, fitnah
bukanlah satu fenomena yang baru wujud dalam masyarakat kita, malah fitnah
telah menjadi permainan dan satu perkara yang seolah-olah wajib dilakukan oleh
setiap orang. Pada zaman Rasulullah s.a.w, budaya fitnah ini telah menjadi satu
perkara yang digemari oleh masyarakat munafiqun ketika itu. Jadi, tidak
hairanlah sekiranya budaya ini juga menjadi kegemaran masyarakat kita pada hari
ini. Malah, ada yang menjadikan golongan yang menabur fitnah ini sebagai ketua.
Setiap kata-kata mereka mudah didengari dan dipercayai.
Oleh itu, masyarakat perlu sedar bahawa penggunaan
teknologi dengan cara yang tidak betul akan mengundang pelbagai masalah. Ianya
bukan hanya melibatkan masalah yang kecil-kecil sahaja malah, melibatkan
hal-hal yang besar iaitu melibatkan soal negeri, negara, agama dan bangsa. Kita
hanya melihat fitnah melalui media baharu ini sebagai satu masalah yang kecil
namun, tahukah kita bahawa kesannya amatlah besar sekiranya ia tidak dikawal
dan dibendung dengan betu oleh pihak yang berwajib.
Isi
Jenayah
fitnah merupakan satu aktiviti yang tidak sehat. Ianya boleh berlaku tanpa
sempadan serta tidak mengira waktu dan tempat. Jenayah ini dilakukan oleh
individu yang tidak mempunyai kesedaran nilai-nilai murni dan tidak bertanggungjawab.
Mereka boleh menyiarkan apa-apa saja maklumat tanpa mengambil kira kesahihan
maklumat tersebut. Hal ini menjadi bertambah runsing apabila setiap maklumat
yang disiarkan akan mendapat sambutan daripada pembaca-pembaca. Lebih
menyedikan ramai daripada kalangan pembaca akan berkongsi maklumat tersebut
dengan pihak lain tanpa menganalisis kesahihan maklumat tersebut.
Budaya menyebarkan fitnah melalui alam siber
seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya telah menjadi satu kebiasaan dan
semakin popular dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Malah ianya turut
menjadi satu kewajipan bagi sesetengah individu yang suka menyebarkan berita
palsu dan panas.Tanpa disedari, budaya ini telah memberi kesan yang negatif
dalam kalangan masyarakat dan mendatangkan keburukan kepada pelbagai pihak.
Ramai pembaca yang kebanyakkan daripada mereka mengamalkan konsep setiap apa
yang disiarkan dianggap betul dan tepat. Hal ini amatlah bahaya kerana mereka
mempercayainya seratus peratus tanpa menyelidiknya terlebih dahulu,
Penyebaran
fitnah dapat dilakukan dengan mudah dalam era komunikasi moden sekarang.
Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk tujuan kebaikan dan dakwah telah
disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kemudahan khidmat
pesanan ringkas (sms), facebook, penulisan dalam blog, twitter dan email
memudahkan penyebaran maklumat dapat dilakukan tanpa sempadan, tanpa perlu
bersemuka, mudah dan kosnya sangat murah. Dengan kemudahan yang ada dan murah
sebagai contoh khidmat pesanan ringkas (sms), whatsapp tidak memerlukan kos
yang tinggi. Hanya memerlukan kos yang sangat rendah untuk menyebarkan
maklumat.
Penyebaran berita yang tidak bertanggungjawab
dan melampau juga boleh membawa kepada kehancuran dan perpecahan dalam
masyarakat. Oleh itu, Islam melarang keras tindakan tidak bermoral dan
melanggar batas agama yang dilakukan oleh penabur-penabur fitnah sehinggakan
sanggup mengaibkan saudara seagama. Jika pada zaman Nabi s.a.w tugas menabur
fitnah ini dimainkan oleh penyair-penyair yang jahat, maka pada hari ini tugas
hina ini diteruskan oleh manusia-manusia yang tidak berakhlak demi mengejar
harta dan takhta serta dendam kesumat yang membara.
Sabda Rasulullah s.a.w :
الْكَبَائِرُ: الِإشْرَاكُ بِاللهِ ، وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ ، و
قَتْلُ النَّفْسِ ، وَالْيَمِينُ الْغَمُوس .
Maksudnya :“Dosa-dosa
besar itu adalah, syirik kepada Allah, derhaka terhadap ibu bapa, membunuh dan
bersumpah dengan sumpah yang dusta.”
Daripada hadis yang dinyatakan di atas, Baginda ada menyebut “bersumpah
dengan sumpah yang dusta”, sumpah yang dusta seperti yang
dinyatakan dalam hadis tersebut ialah fitnah. Tidak ada fitnah yang benar,
setiap perkara dan maklumat yang disampaikan, dan kesahihan maklumat tersebut
diragui, ia adalah fitnah. Menyedari bahayanya fitnah, umat Islam digalakkan
supaya meneliti dan mencari kebenaran tentang maklumat yang disebarkan. Sungguh
pun maklumat tersebut disampaikan oleh individu yang mempunyai pengetahuan
agama, umat Islam digalakkan untuk meneliti dan menganalisis maklumat tersebut.
Firman Allah swt dalam surah al-Hujurat ayat 6 :
“Wahai orang-orang Yang beriman, jika datang kepada kamu seorang
fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini –
Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali
apa Yang kamu telah lakukan.”
Contoh
Antara
contoh kes fitnah yang disebarkan melalui internet ialah kes yang melibatkan
seorang pensyarah kolej iaitu Ahmad Shahril yang didakwa atas tiga tuduhan
menfitnah penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Dato’ Siti Nurhaliza binti
Taruddin menerusi penghantaran email. Antara kes lain ialah seorang usahawan
wanita memfailkan saman fitnah RM1 juta terhadap syarikat pesaingnya kerana
didakwa memfitnahnya menerusi laman sosial facebook dengan tuduhan meniru
tudung keluarannya.
Apabila
sesuatu maklumat atau berita yang berbaur fitnah, pasti akan mendapat sambutan
yang begitu menggalakkan. Apatah lagi apabila berita tersebut dikaitkan dengan
individu yang berpengaruh dan kenamaan. Berita tersebut pasti akan menjadi
perbualan hangat dalam kalangan pembaca-pembaca. Sehubungan itu, sebagai
seorang muslim wajib bagi kita untuk menyelidiki maklumat yang disebarkan
sebelum mempercayainya
Kesimpulan
Kehidupan kita
pada hari ini dihiasi dengan pelbagai nikmat dan hiasan hinggakan tanpa kita
sedari nikmat dan hiasan itu boleh memakan diri sekiranya ia tidak dikawal
dengan baik. Kemajuan teknologi komunikasi telah membuka peluang yang amat
besar kepada individu tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan berita palsu dan
memalukan.Golongan seperti ini sentiasa menanti peluang dan ruang untuk
mencapai keinginan mereka. Apabila sesuatu berita itu dapat disampaikan, mereka
akan merasa puas.
Kemajuan
teknologi komunikasi yang begitu pesat dengan kemunculan laman-laman sosial
seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya akan mendatangkan kemusnahan
pada manusia dan alam sekiranya ia tidak digunakan dengan betul. Sepatunya,
sebagai seorang muslim kita harus menggunakan kemajuan teknologi komunikasi ini
sebagai medan untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu.
0 comments:
Post a Comment